RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Bersatu dan bersiap sedia. Jentera PRU Pas Negeri Kedah bersemangat melaungkan takbir untuk berjuang dalam PRU13.

ALOR SETAR - “Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!” demikian laung Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di hadapan lebih 10,000 penyokong dan jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Pas Kedah semalam.

Laungan itu disambut seluruh jentera yang hadir dengan gema “Bubar! Kami sudah bersedia!” yang menunjukkan Pas Kedah sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU13, yang dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa.

Hari ini, Sinar Harian dan Sinar Harian Online ada membawa laporan memetik sumber berkata Najib akan membubarkan Parlimen esok.

Himpunan Jentera PRU Pas Kedah yang diadakan di Stadium Mini Guar Chempedak dekat sini bermula seawal jam 5 petang dan berlarutan hingga jam 12 tengah malam, dihadiri lebih 10,000 penyokong dan jentera PRU Pas Kedah untuk mendengar amanat dan pesanan daripada kepimpinan tertinggi ngeri dan Pas Pusat.

Amanat PRU13 disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya; diikuti Ketua Muslimat Pas Negeri Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali; Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Azizan dalam amanatnya kepada jentera PRU Pas Negeri Kedah menyeru supaya ahli dan jentera PRU Pas berjuang berhabis-habisan bagi mempertahankan kemenangan Pas di Kedah.

“Kita kena mempertahankan kemenangan, jika Pakatan Rakyat (PR) kalah, (jentera PRU Pas) tak buat kerja sungguh-sungguh, bila depa (Barisan Nasional) perintah depa ghonyeh (rosakkan) balik (pentadbiran Negeri Kedah)," katanya.

Walaupun waktu sudah 11.30 malam, namun semangat penyokong dan jentera PRU Pas Negeri Kedah tidak luntur malah semakin berkobar-kobar tatkala Salahuddin membacakan amanat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

0 Member Sempoi:

Post a Comment