RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

12:15 am


HUKUMAN DI SANA AMAT KETAT DAN SEBAB ITULAH MAKSIAT,JENAYAH DAN PENGHINAAN KE ATAS RASULULLAH DAN ALLAH SWT HAMPIR TIADA.

Parlimen Kuwait pada Khamis lalu, 3 Mei bersetuju penggubalan undang-undang yang membuat penghina Allah atau Nabi Muhammad SAW boleh dihukum mati. Keberanian ini mencetuskan perdebatan panas mengenai kebebasan bersuara di negara kecil di Teluk Arab tersebut.

"Kami tidak mahu melaksanakannya kerana orang berpendapat atau berfikir kerana Islam menghormati orang-orang ini," kata anggota parlimen dari pembangkang Ali al-Deqbasi, Agence France-Presse (AFP) melaporkan.

"Tapi kita perlu undang-undang ini kerana kejadian penghinaan terhadap Allah meningkat. Kita harus mencegah mereka."

Pada keputusan kedua dan terakhir daripada pungutan suara, 40 ahli parlimen memilih untuk meluluskan RUU yang akan memberi hukuman mati pada mereka yang menghina Allah atau Nabi Muhammad. Dalam pindaan tersebut, pesalah yang membela tindakan mereka ketika ditanya oleh hakim akan menghadapi hukuman mati. Terdakwa yang bertaubat di mahkamah akan terhindar hukuman mati tetapi akan mendapatkan hukuman penjara selama lima tahun dan denda $ 36.000 atau salah satunya.

Taubat oleh pesalah yang mengulangi kejahatan tidak boleh diterima di bawah RUU tersebut. Non-Muslim yang melakukan kesalahan yang sama akan menghadpi hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun, menurut RUU.

RUU itu sekarang menunggu kelulusan penguasa Kuwait untuk menjadi undang-undang. Menteri Kehakiman dan Urusan Islam Jamal Shehab mengatakan kepada pemberita selepas pungutan suara bahawa kerajaan akan menerima dan melaksanakan undang-undang.

Pencacian adalah haram mengikut hukum penerbitan Kuwait dan di bawah undang-undang jenayah sebagai fitnah atau pencemaran nama baik. Saat ini pelanggaran itu mendapatkan hukuman penjara, panjangnya bergantung pada beratnya komen dan kesan yang dirasakan pada masyarakat, peguam mengatakan.

Islam membentuk sekitar 85 peratus daripada penduduk Kuwait. Orang asing kristian dan Hindu adalah kelompok terbesar seterusnya.

Namun RUU ini mendapat penentangan terutama dari kelompok syiah.

"Mengapa kita cuba untuk menunjukkan Islam sebagai agama kematian dan pertumpahan darah ketika itu sebenarnya sebaliknya," Abdulhammed Dashti ahli parlimen Syiah mengatakan.

Syiah juga menuntut ahli parlimen bahawa RUU itu juga harus menjatuhkan hukuman mati pada sesiapa yang mengutuk 12 imam mereka, tetapi parlimen yang didominasi Sunni menolak permintaan mereka.

Syiah dibuat sekitar satu pertiga daripada 1.1 juta warga negara Kuwait dan ahli mereka dapat ditemui dalam kedudukan penting di parlimen, media dan perniagaan.

0 Member Sempoi:

Post a Comment