RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail


Sekumpulan samseng menyeksa dan membunuh ahli kumpulan yang khianat dan kemudian memasak sup dengan menggunakan mayat mangsa.

Kumpulan samseng Serbia memukul Milan Jurusic, 37 hingga mati dengan penukul lalu menyiat daging mangsa dengan pisau tajam sebelum memasukkannya ke dalam pengisar daging, di sebuah rumah pangsa di Madrid.


Mereka menjadikan kulit mukanya sebagai topeng, memasak daging mangsa dan menjadikan hidangan tengah hari.

Mereka juga membuang tulang mangsa ke dalam Sungai Manzanares di ibu negara Sepanyol itu.

Seorang anggota kumpulan samseng itu, Sretko Kalinic, atau dikenali sebagai ‘The Butcher’ mengaku melakukan jenayah itu setelah ditangkap di Zagreb, Croatia, tahun lalu.

Pihak berkuasa Sepanyol menemui 50 tulang di dalam sungai dan menemui rumah seram, tempat jenayah itu dilakukan, minggu lalu.

Jurusic dikatakan mengkhianati anggota kumpulan itu dengan mencuri duit mereka.

Dia melarikan diri setelah didapati bersalah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.

Polis Sepanyol percaya, Luka Bojovic yang mengetuai kumpulan samseng yang makan daging manusia itu, membunuh Jurusic. Dia yang turut dituduh membunuh Djindjic, ditahan di Valencia, bulan lalu.

Di apartmen Bojovic di Valencia, polis menemui dokumen yang menyokong kenyataan Kalinic mengenai pembunuhan ngeri itu.

Semua anggota samseng yang terlibat dalam pembunuhan ngeri di Madrid, dikatakan anggota Zemun Clan, kumpulan mafia dari Belgrade.

Jenayah itu dikatakan dilakukan pada 2009, ikni disiasat majistret Fernando Andrew dari Mahkamah Nasional di Madrid.


PAYUDARA BESAR BAWA MALANG


MUNCUNG ITIK?NAH,,, KIASAN BUAT KAU!

0 Member Sempoi:

Post a Comment