RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

1:54 am



Satu nama besar dalam seni hiburan antarabangsa setelah sekian lama. Walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun tetapi popularitinya bertahan sehingga kini. Apakah rahsia Madonna?


Madonna mengakui bukan mudah mengekalkan populariti. Tetapi keghairahannya untuk melakukan perubahan dan tidak mengambil mudah setiap perkara yang dilakukan adalah kunci kejayaannya.

“Tidak mudah untuk mengekalkan populariti berbanding dengan mencari populariti. Saya tidak fikir ada sebarang peraturan untuk kekal berjaya. Anda perlu mencintai apa yang anda lakukan. Anda perlu mencerna idea-idea baru dan tidak boleh berhenti untuk berkembang sebagai manusia. Saya tidak ambil mudah apabila ia membabitkan soal kerja.”
Oleh itu disebalik dunia hiburannya, Madonna juga bercita-cita untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS). Dia yakin boleh menjadi seorang presiden yang baik. Dia akan menghentikan pembaziran ke atas pembelian senjata api yang membawa kepada kemusnahan sejagat.
“Anda tidak boleh mengubah banyak perkara dalam tempoh yang singkat. Saya rasa saya mahu menjadi seorang presiden bagi tempoh yang lama. Saya tidak akan membelanjakan wang untuk membeli senjata api tetapi menumpukan kepada pembangunan pendidikan dan kesenian.”

0 Member Sempoi:

Post a Comment