LINTAH MASUK PUSPUS
KOTA BHARU - Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.
Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, yang berasal dari Kampung Paya Rambai berkata, dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.
"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital Raja Perempuan Zainab II.
"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya.
Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan. -
0 Member Sempoi:
Post a Comment