RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

1:00 pm
Banyak gila habaq hampa!! maaf terkecek bahasa utara di sini.Kalau nak dibandingkan gaji Nazmi dan Safee.Gaji Nazmi sekali ganda lebih tinggi dari Safee!!whoaa!!

Dahulunya kecoh dengan bayaran gaji Safee Sali berjumlah 350 juta Rupiah (RM 118 000) sebulan yang dikatakan amat-amat lumayan,tapi kali ini wonderkid Nazmi Faiz Mansor memecah rekod pemain Malaysia yang menerima gaji termahal iaitu berjumlah RM 300 000!! pewh..banyak tu..


Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

sumber:media sukan Malaysia

0 Member Sempoi:

Post a Comment