WANITA ADA TELOQ??
Teloq adalah panggilan Utara bagi zakar..haha
Seorang wanita di Taiwan baru-baru ini mendapat tahu bahawa dia mempunyai buah zakar selepas melawat pakar sakit puan untuk merawat jangkitan.
Wanita yang tinggi dan menarik berusia 34 tahun itu tidak pernah mengalami haid dan melawat pakar sakit puan hanya baru-baru ini untuk mendapatkan bantuan bagi kemungkinan jangkitan faraj.
Doktor pakar yang ditemui mendapat tahu melalui imbasan ultrasound yang wanita itu tidak mempunyai rahim atau ovari. Sebaliknya, doktor mendapati ada buah zakar di dalam bahagian sulit wanita, walaupun belum sepenuhnya tumbuh.
Kromosom wanita itu juga telah disahkan sebagai jenis 46XY, menjadikan dia seorang khunsa, atau orang yang dilahirkan dengan kedua-dua organ seks lelaki dan perempuan.
Beliau juga didapati mempunyai testosterones, atau hormon seks lelaki.
Dalam kes pelik ini, wanita itu adalah profesional yang berpendidikan tinggi dan mempunyai teman lelaki. Dia kelihatan seperti seorang wanita biasa, dibesarkan sebagai seorang perempuan, dan sentiasa percaya bahawa dia adalah perempuan.
Menurut doktor, kira-kira 3 – 4 dalam 100,000 orang mungkin mengalami keadaan ini.
Untuk membantu wanita itu, doktor akan membuang buah zakar dengan pembedahan sebelum meneruskan dengan preskripsi estrogen (hormon seks wanita) tambahan.
Doktor menambah bahawa jika tidak dirawat, buah zakar yang belum dibangunkan itu boleh berubah menjadi kanser.
0 Member Sempoi:
Post a Comment