KONSEP BLOGGING DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Assalamualakum warahmatullahiabarakatuh dan Salam sejahtera kepada pembaca,blogger dan pemerhati yang berminat untuk menjadi blogger.
Entri kali ini Bro nak kaitkan blogging ini sama ada melalui domain sendiri,atau blogger,atau wordpress.
Menjadi keutamaan kita untuk menghasilkan satu entri,atau isi yang mantap dan mudah difahami serta mesra pembaca.
Bro tak nak cerita dari sudut It tapi dalam kehidupan peniaga.
BERBEZA TETAPI KONSEP YANG SAMA.
DALAM PERNIAGAAN:
1. perancangan mengenai apa yang hendak diusahakan,misalnya produk yang ingin dijual,jenama produk dan barangan yang menarik perhatian pengunjung.
Ia sama seperti berblogging,sebelum membina satu blog,kita rancang sesuatu genre atau jenis blog yang mestinya nakkan ramai pengunjung,kan?
2. Nama kedai, semestinya mencari dan meneliti nama yang unik dan mampu menarik perhatian pengunjung.
Misalnya: Nasi Goreng Gila Restoran,Kayu Nasi Kandar,Nasi Ayam BAB dll..
Ia mirip juga dalam memilih nama domain kita, penelitian melalui konsep yang sama,inginkan sesuatu yang mudah diingati dan senang diakses.Misalnya Bengapdotco.blogspot.nyet.Pemilihan nama domain adalah penting kerana ia mempengaruhi dan mampu menarik perhatian sekaligus meningkatkan traffik blog anda.
3.HIASAN Kalau nama kedai cantik tapi kedai macam jamban PETRONAS (sori bos) pun tak guna juga,sebab hiasan kedai mempengaruhi kualiti sesebuah kedai,kalau buruk kedai ,mesti makanan tak sedap,hah.selalunya macam itulah ,kan?
Berbalik kepada blog,memiliki domain yang cantik tak bermakna anda dah cukup mantap untuk menjadi blogger terdahsyat..Cantek sikit..no way la.haha.Memiliki domain cantik adalah satu kelebihan tapi memiliki blog yang cantik adalah
SATU!!!!!!!!!!
MALAYSIA!!haha..scroll lagi
SATU "KEKUATAN''
Kerana ia melambangkan kehebatan blog,dengan susunan widget yang menarik,paparan yang unik dengan banner yang mengancam pastinya menambat hati pengunjung dan pastinya pengunjung akan lawat lagi dan lawat lagi sampai dia dilawat ketika jadi arwah.Maknanyalah,BLOG ANDA AKAN DIINGATI DAN DIJADIKAN BAHAN UTAMA APABILA PENGUNJUNG MENGAKSES MASUK DI INTERNET.
4.ISI.. ok,nama kedai dah cantik,kekemasan dah cantik tapi kalau bahan yang dijual tiada kualiti,hapak,bangkai tak berguna juga.Misalnya kita pergi ke PASAR MALAM (MINTAK MAAF KEPADA PENIAGA,JANGAN PULAK SAMAN AKU) kita nak beli makanan,contohlah, warung burger Mek Dee,nama cantik,warung the best tapi menu burger plain,dah tu isi ciput,tiada seri dan tarikan,mesti terdetik dalam hati nak belah dan taubat tak melawat dah kan?
SAMA JUGALAH DALAM DUNIA BLOGGER,kita kena hasilkan entri yang ada kekuatan ,tajuk yang unik,isi yang mantap dan pembawakan cerita yang dinamik.Barulah pengunjung kagum "Fuyoh! warung mail gendut jual Burger Mentibang Laut!! cam SYIOK JE! jom try.Hah,mesti ramai yang cuba dan jika entri anda isi yang best..insyallah.tak henti2 viewer melawat lepas tu,insyallah.
haaa..setakat ini sahaj entri dari Bro Zack yang merupakan blogger bujang dan solo.(sempat promote).Kita berjumpa lagi!! Tegur2lah di shoutbox.ASSALAMUALAIKUM
0 Member Sempoi:
Post a Comment