RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

7:38 pm

 Pelbagai taktik digunakan oleh pengusaha pusat hiburan untuk menarik pelanggan dan terbaru mereka didapati menggunakan nama Mekong River (Sungai Mekong) sebagai isyarat yang mereka menyediakan perkhidmatan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dari Vietnam.

Taktik tersebut terbongkar selepas premis di Taman Kinrara di sini itu diserbu pada pukul 11 malam dan menahan seramai 14 GRO warga Vietnam berusia antara 19 dan 35 tahun yang sedang asyik melayan dan memeluk pelanggan.

Setiap pelanggan perlu membayar antara RM150 dan RM300 untuk mendapatkan khidmat mereka termasuk seks.

Serbuan diketuai Inspektor Joycelyn Liza Edmond dari cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor selepas melakukan risikan selama 24 jam.

PSSTT:BANYAK KES GRO KAT SELANGOR.. FUIYOOO~~

0 Member Sempoi:

Post a Comment