RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

4:30 pm

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata parti itu yakin Barisan Nasional akan merampas kembali Selangor daripada pakatan pembangkang.

Katanya pengundi sewajarnya menilai sendiri prestasi wakil rakyat mereka sebelum membuang undi pada pilihan raya umum akan datang, kerana ada wakil rakyat sekarang yang tidak mampu menyelesaikan masalah mudah seperti jalan berlubang, parit tersumbat serta lampu jalan yang rosak.

"MCA faham apabila pengundi memilih wakil mereka...mereka lazimnya tergoda  dengan orang yang bercakap banyak dan wakil rakyat pembangkang memang banyak bercakap.

"Tetapi mereka juga harus sedar bahawa mereka perlukan wakil rakyat yang dapat berkhidmat di kawasan mereka kerana kita sebuah negara membangun dan masih banyak lagi masalah tempatan seperti di sini, yang harus diselesaikan," katanya
kepad pemberita ketika melawat Taman Chi Liung, di sini. -

0 Member Sempoi:

Post a Comment