RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

5:20 pm

Cikgu Maliana Karim merupakan seorang guru kaunseling yang baru sahaja berkhidmat di sebuah sekolah di pinggir bandar Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang cikgu yang amat disukai disekolah berkenaan kerana sifatnya yang lemah lembut dan mudah mesra dengan pelajar. Di sekolah, beliau sering menegur dan bertanya pada pelajar jika mereka mempunyai sebarang masalah yang boleh menggangu pembelajaran mereka.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika Cikgu Maliana Karim sedang berjalan menuju ke kantin sekolah, beliau ternampak seorang pelajar yang sedang berdiri seorang diri di hujung padang melihat rakan-rakannya bermain bola sepak. Lalu beliau pun menegur pelajar tersebut.

“Dari tadi cikgu tengok awak ni termenung je..awak ada masalah ke??”

Pelajar tersebut yang sedang asyik melihat rakan-rakannya bermain bola hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja tanpa menoleh memandang beliau. Oleh kerana terlalu lapar, beliau meninggalkan pelajar tersebut dan terus pergi ke kantin.

Setelah selesai makan, beliau pulang ke bilik kaunseling di mana di situlah tempat beliau bekerja dan memberi kaunseling kepada pelajar sekolah berkenaan. Ketika sedang berjalan, beliau ternampak pelajar yang ditegurnya sebentar tadi masih lagi berdiri ditempat yang sama. Kini Cikgu Maliana Karim yakin yang pelajar tersebut mempunyai masalah. Lalu beliau pun menegur pelajar berkenaan sekali lagi.

“Dari tadi cikgu tengok awak berdiri kat sini. Kawan-kawan awak main bola tapi awak tengok je..awak ada masalah ke? Kalau ada cerita la pada saya. Saya boleh tolong. Saya ni kan cikgu kaunseling kat sekolah ni.”

Pelajar tersebut memandang Cikgu Maliana Karim dengan dahi berkerut. Cikgu Maliana Karim pun berkata lagi.

“Jangan malu..saya tahu awak ada masalah. Dari tadi saya tengok awak berdiri kat sini je…”

Lalu pelajar itu pun menjawab.

“Saya berdiri kat sini sebab saya Penjaga GOL….”

0 Member Sempoi:

Post a Comment