RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

4:12 pm

Bro hairanlah,44 kali dah dengar lagu najwa,kosong ni.Tak ada pun ayat berupa sindiran?? Tak faham betullah kenapa hal ini pun nak diisukan oleh si wartawan ini.

Nampak sangat tidak ada angin, saja-saja mahu cipta angin je wartawan tersebut.
Najwa Latif terkejut kononnya karya itu ditujukan kepada wartawan. Najwa, 17, tidak pernah berniat untuk menyindir wartawan tetapi ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat kepada dirinya selain untuk dikongsi kepada orang lain jika menghadapi sebarang masalah.

Kata si Najwa Latiff ini:


“Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran saya untuk menyakiti mana-mana pihak melalui lagu apatah lagi ia ditulis semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain. Walaupun kadang-kadang saya kena kritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif dalam memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media.”
Dia juga tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana wartawan sehingga ingin membalas dendam menerusi lagu dan menganggap mereka sering menyokong kerjaya seninya. Kakak kepada Najwa iaitu Syafikah Latif turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia tidak berasas sama sekali.
Syafiqah memberitahu, lirik lagu berkenaan yang dituliskan sejak lima bulan lalu itu tidak pernah bertujuan untuk ‘menyerang’ mana-mana pihak sebaliknya mahu memberi semangat kepada semua pendengar yang mungkin mempunyai masalah supaya tidak berputus asa.
“Sebelum tulis lirik lagu berkenaan saya terlebih dahulu berbincang dengan Najwa tentang tema, konsep lagu berkenaan dan sebagai remaja kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya di kalangan remaja. Bagaimanapun saya tidak boleh menghalang penilaian orang lain kerana ia pandangan individu. Bila orang bercakap kita kena sentiasa lihat kembali kepada diri dan perbaiki kelemahan yang ada,” katanya.”
Patut dipuji sikap kedua adik-beradik ini yang tidak melenting dan mengambil ini sebagai satu perkara positif dan menerimanya untuk memperbaiki kelemahan.
Ditanya mengenai penerimaan Najwa terhadap cerita negatif tentang dirinya, Syafiqah berkata dia sangat berbangga dengan adiknya itu kerana tidak cepat melatah apabila ada kontroversi yang dikaitkan dengannya.
Malah kata Syafiqah, tumpuan Najwa terhadap pelajaran juga tidak terganggu dan sentiasa fokus untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.
Baguslah begitu. Kami baca laporan tu pun senyum sendiri. Tak pasal-pasal nak terasa kenapa. Suka dengan Najwa Latif yang bijak menjawab dan menangani kontrovesi sebegini walaupun masih di usia muda.

Ada - ada sajalah perkara yang nak menjatuhkan si Najwa ni,tak boleh ke lihat dia berjaya dan mencipta nama hasil usahanya?Kalau ya pun terasa.Tak perlulah sebar ye tak?

Bak kata Oh artis.com siapa makan cidi dia terasa pedasnya
bak kata bro, siapa tergigit lidah,terasa amekla!! poih..

0 Member Sempoi:

Post a Comment