Alah Maha Besar.Dengan keizinannya apa pun boleh buat!
Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini iaitu yang pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air dan bersolat di dalamnya. Penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.
Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.
“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya. Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah.
Related Posts
Kredit Maxis Anda Selalu Hilang Dan Berkurang??Sila Baca
27 May 2013Anonymous3Ketulan di Payudara - Simptom Penyakit
10 December 2012Anonymous0Mimpi Ular - Tafsiran Mimpi
09 December 2012Anonymous2Sebab Untuk Anda Berhenti Kerja
04 August 2012Anonymous0Leher Bengkak Petanda Buruk
04 June 2012Anonymous0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Member Sempoi:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.