RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

3:36 pm



Sebuah laporan terbaru dari Tel Aviv University mengatakan Arab Saudi adalah harapan terakhir dan garis pertahanan untuk Israel dan menggambarkan Saudi sebagai peluang terakhir bagi kepentingan politik Tel Aviv di dunia Arab.

Laporan itu mengatakan bahawa sebahagian besar sekutu Israel di wilayah tersebut musnah dan tidak dapat memainkan peranan penting di dalam dunia Arab.

Ditambahkannya, Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang berdiri melawan Republik Islam Iran dan dengan demikian itu adalah kubu pertahanan Tel Aviv terhadap Tehran.

Laporan ini juga mencatatkan bahawa keluarga kerajaan sangat penting untuk Israel kerana mereka sangat aktif bekerja di negara-negara seperti Yaman, Mesir, Iraq, dan Lubnan untuk mengurangkan dan menyebarkan pengaruh Iran di negara-negara tersebut.

Pada Mac lalu, seorang ulama senior Mesir menuduh Arab Saudi dan Qatar ikut campur dalam urusan dalaman negara-negara Islam yang lain, dan menyebut dua negara tersebut adalah "hamba Israel."

Sheikh Mohammad Alaedin Madhi mengatakan, kedua-dua negara itu menjalankan rencana Israel-AS di Syria.

Dia juga mengkritik rangkaian televisyen milik Saudi, Al-Arabiya dan tv Al-Jazeera milik Qatar kerana "berkhidmat untuk kepentingan Israel."

Selain itu, dalam e-mel yang dibocorkan oleh WikiLeaks dan diperoleh oleh surat kabar Al-Akhbar berpusat di Beirut, mendedahkan bahawa Arab Saudi telah menghulurkan tangan kepada Mossad, yang membantu kerajaan dengan kaedah "pengumpulan perisikan dan cadangan / perundingan untuk Iran."

Menurut sumber-sumber yang dikutip dalam email tersebut, "Beberapa pegawai Mossad, baik dulu dan sekarang, membuat dan penjual segala peralatan keselamatan ke Saudi dari perisikan dan perundingan."

0 Member Sempoi:

Post a Comment