RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail


TEBING BARAT – Sebuah sekolah rendah Palestin ditutup, minggu lalu, selepas pihak berkuasa Israel merampas kenderaan digunakan untuk menghantar guru-guru ke sekolah itu.

Menurut laporan akhbar Haaretz, guru-guru kini menggunakan keldai sebagai kenderaan untuk ke sekolah yang terletak di kampung Jinba, bandar Hebron sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu.

Pihak berkuasa Israel sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya sekolah itu diruntuhkan, namun mendapat bantahan penduduk kerana sekolah terdekat dengan kampung itu terletak pada jarak 20 kilometer.

Kelmarin, pihak berkuasa Israel turut merampas kereta seorang Pakar Haiwan Palestin ketika dalam perjalanan ke kampung tersebut untuk menyuntik vaksin kepada biri-biri.

Pada 1999, kawasan itu diisytihar rejim Zionis sebagai zon latihan perang bagi tentera Israel dan orang ramai tidak dibenarkan menetap di situ.

Namun, penduduk Palestin yang dihalau dari kawasan itu kemudian memfailkan aduan di Mahkamah Tinggi yang kemudian mengeluarkan perintah injunksi untuk dibenarkan menetap kembali di kawasan berisiko tersebut.

0 Member Sempoi:

Post a Comment