KANTOI BANYAK BINI DI FACEBOOK
Tembelang seorang lelaki beristeri dua di AS pecah selepas kedua-dua isterinya menjadi kenalan di laman perkongsian sosial Facebook.
Undang-undang AS melarang lelaki memiliki lebih daripada seorang isteri pada masa yang sama.
Susulan pembongkaran tersebut, seorang pegawai pemulihan akhlak, Alan L. O'Neill didakwa kerana mengamalkan bigami atau beristeri dua.
Menurut kertas pertuduhan yang difailkan Khamis lalu, O'Neill mengahwini seorang wanita pada 2001, berpindah pada 2009 dan menukar namanya sebelum berkahwin lain tanpa menceraikan isteri pertamanya.
Isteri tua pertama kali menyedari O'Neill berkahwin lain apabila dia menjadi kenalan madunya melalui pautan "Orang yang mungkin anda kenali" di Facebook.
"Isteri pertama kemudian melihat laman Facebook isteri kedua dan melihat suaminya bersama kek perkahwinan," kata pendakwa raya daerah Pierce County, Mark Lindquist kepada agensi berita Associated Press (AP)
Isteri pertama kemudian berkunjung ke apartmen madunya dan berulang kali menyoal suaminya sama ada mereka sudah bercerai tetapi dia menjawab: "Tidak, kita masih suami isteri.,"
O'Neill, 41, sebelum ini menggunakan nama Alan Fulk. Dia yang dihadapkan ke mahkamah Khamis lepas boleh dipenjara lima tahun jika didapati bersalah
0 Member Sempoi:
Post a Comment