Ibu!! laparlah nak makan!!
ibu!! baju sekolah adik dah basuh?
Ibu, pot pet pot pet........
Ibu,suatu perkataan yang tidak asing lagi bagi manusia yang bergelar anak.Ibulah tempat kita mengadu selain ayah,ibulah yang melahirkan kita ,
Ibu melahirkan kita dan menyambut kita dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran setelah 9 bulan dalam kandungan.
PEPATAH syurga di bawah tapak kaki ibu sekali gus mengingatkan kita kepada betapa besar jasa ibu bapa dalam mendidik dan mematangkan kita menjadi manusia berguna, namun melihat kepada senario hari ini yang mana ramai warga tua dihantar oleh anak ke rumah penjagaan bagaikan menyatakan betapa jasa ibu bapa sudah dilupakan.Mereka yang tiada belas kepada ibu bapa dianggap kurang beradab dan tidak bersyukur kepada Allah.
Begitu mudah anak mengabaikan ibu bapa mereka, walaupun sejak kecil mereka ditatang bagaikan minyak yang penuh, tetapi apabila dewasa tidak dapat melakukan kebaikan untuk orang tua sendiri, apatah pula jika ibu bapa berkenaan sudah meninggal dunia.
Walau sehebat manapun ilmu kita, walau setinggi manapun kelulusan kita,walau siapa pun kita, apa guna tanpa restu ibu bapa kita dan guru. Jangan sesekali melupakan jasa mereka pada masa depan..kerana tanpa mereka tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan pada hari ini.
"Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)".
Berbuat baik pada ibu bapa]Dalam Islam kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan . Ini kerana setiap permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan kelahiran dari seorang ibu. Oleh itu, Islam memandang serius hukum dan adab berkaitan hubungan anak dengan seorang ibu .
Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan , berlemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga kita diharamkan dan dilarang keras untuk melakukan kekasaran terhadap mereka samada dengan perbuatan mahupun percakapan hatta dengan perkataan "ah" sekalipun tidak di benarkan memandangkan perkataan menyanggah seperti tersebut menunjukkan tanda ingkar atau membenci terhadap tindakan mereka.
Islam memandang berat pengorbanan seorang ibu kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan mereka ketika mengandungkan kita, membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari.
Firman Allah dalam Surah Lukman ayat 14:
Maksudnya:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepad Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan".
Pengorbanan mereka adalah pengobanan yang cukup besar. Maka atas dasar itulah Islam menggandingkan tanggungjawab mentaati ibubapa mengiringi persoalan mentauhidkan Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 36:
Maksudnya
"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri"
Pada yang masih punyai ibu yang masih lagi bernafas,jaga hatinya,mohon keampunan darinya.
Kami dari Media Bersama Blogger pernah mendengar luahan hati seorang ibu berumur 68 tahun,punyai 7 orang anak,5 lelaki 6 wanita .2 anak lelakinya meninggal akibat kecacatan dan penyakit.5 lagi sudah berkejaya.
Ketika menemuinya,dia berkata " Makcik ni anak ramai,mak cik bela,tatang minyak yang penuh ,boleh bela mereka dari kecil sampai besar,zaman dulu bukan senang,makcik ni bukan orang senang,suami makcik meninggal dunia semasa makcik mengandungkan anak makcik yang bongsu.Peritnya nak membesarkan anak-anak tuhan sahaja yang tahu.Tapi makcik tak pernah mengeluh,demi anak-anak.Makcik keluar cari duit,pergi menoreh getah sedari pukul 5 pagi,sebelum tu pukul 3 pagi dah bangun tidur buat kuih pau,karipap,seri muka,nasi lemak dengan angah(anak keduanya :kini sudah meninggal dunia) sebab nak cari duit lebih nak buat belanja makan anak-anak,petang pula masuk hutan cari kayu api,rumah makcik dulu tingkap tak ada,tutup dengan kain guni saja.Makcik miskin,tapi makcik tak bagi anak makcik dekat orang,makcik mampu jaga 7 anak makcik,
Tapi sekarang,[katanya sambil berlinangan air mata] seorang pun anak makcik tak mlawat makcik,melawat tu melawat lah juga,tapi sekejap sahaja,ada anak makcik yang tinggal berdekatan,tapi bukan jaga makcik,tapi membebankan makcik,makcik bukan mengeluh,tapi makcik kecewa,anak-anak dihantar tinggal dekat makcik tapi wang langsung tak dikirim,mana makcik nak ada duit nak sara,ada pun bantuan zakat.Mujurlah ada seorang anak makcik yang sanggup jaga makcik,tak berrkahwin sebab nak jaga makcik.wala apa pun mereka buat pada makcik,makcik redha.makcik sayang anak-anak makcik".
Perintah untuk menyembah Allah dan larangan mensyirikkanNya diikuti dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah dan taat kepada kedua ibu bapa. Namun dewasa ini, terdapat dikalangan anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa mereka. Mereka tidak mempedulikan nasib ibu bapa, jarang bertanya khabar tentang sakit pening mereka, kurang prihatin terhadap kesusahan mereka. Bahkan, terdapat juga di kalangan kita menambah bebanan kepada ibu bapa seperti menyuruh menjaga cucu, menjadi pembantu rumah bahkan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua dan mengabaikannya.
Ingatlah bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda:
Bermaksud:
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa".
Menghargai jasa ibu bapa
Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan untuk menghantar ibubapa dengan kerelaan mereka sendiri untuk menginap di premis-premis atau rumah jagaan yang dikhususkan untuk mengikuti program-program yang telah disediakan seperti aktiviti-aktiviti ilmiah dan ibadah untuk warga emas. Oleh itu masyarakat setempat perlulah mengambil inisiatif terbaik dengan mewujudkan tempat-tempat pengajian bagi orang-orang tua seperti manayang terdapat di beberapa kawasan di negeri Selangor ini.
berubahlah,minta maaf kepada ibu dan jadi anak yang baik,Bro di sini mengucapkan SELAMAT HARI IBU sempena 13 Mei ini.
SHARE DI WALL ANDA TANDA ANDA SAYANG IBU ANDA =)
0 Member Sempoi:
Post a Comment