SUAMIKU FEMININ
PONTIAN: “Di siang hari, dia lelaki sempurna dan melaksanakan semua tanggungjawab termasuk pergi bekerja kontrak, tetapi pada waktu malam kelakuannya berubah seperti wanita dengan bersolek tebal, memakai coli, pakaian pelangsing dan baju tidur perempuan.”
Demikian keluh wanita mahu dikenali sebagai Zaleha, 40, yang buntu dengan sikap pelik suaminya dan terpaksa membendung penderitaan itu sejak awal mereka mendirikan rumah tangga lebih 15 tahun lalu.
Menurutnya, setiap malam selepas mengubah perwatakan daripada lelaki kepada wanita, suaminya yang dikenali sebagai Mamat, 42, hanya berkurung dalam rumah bagi mengelak orang ramai melihat penampilan peliknya itu.
Zaleha berkata, perkahwinan dia dan Mamat dirancang keluarga dan dia tidak mengetahui tabiat aneh lelaki itu sehingga mereka berpindah dari rumah mentua ke kediaman sendiri di sebuah kawasan perumahan di sini, selepas dua bulan mendirikan rumah tangga
0 Member Sempoi:
Post a Comment