TOKYO: Seekor burung bayan dikembalikan ke pangkuan tuannya semalam, selepas haiwan itu memberitahu polis alamat kediamannya.
Burung jantan itu lari pada awal pagi Ahad lalu dari sebuah rumah di Sagamihara, barat Tokyo.
Burung itu gagal dikesan sehingga ia hinggap di bahu seorang pengunjung hotel berhampiran. Selepas diserahkan kepada polis, burung itu tidak berkata-kata sehingga petang kelmarin.
Jurucakap polis berkata, burung berkenaan menyatakan bandar dan daerah rumah tuannya.
“Burung itu kemudian menyebut blok dan nombor jalan rumah berkenaan,” katanya.
Pemilik burung itu - seorang wanita berusia 64 tahun - pernah kehilangan burung daripada jenis sama.
Sejak itu, dia mengajar burung peliharaannya menghafal alamat rumah itu bagi mengelak kejadian sama berulang. Burung diberi nama Piko-chan itu dibeli dua tahun lalu. - AFP / METRO
0 Member Sempoi:
Post a Comment