ANANG NIKAH 12 MEI 2012
JAKARTA: Selepas bermain teka-teki sekian lama, pasangan penyanyi Anang dan Ashanty membuka mulut mengenai tarikh pernikahan mereka.
Pasangan itu mengesahkan akan bernikah di Masjid Albina di Senayan, Jakarta Selatan, pada 12 Mei ini.
Menurut Ashanty, majlis resepsi pula dijadualkan berlangsung di Hotel Shangri-La pada 20 Mei.
Ashanty ditemui media selepas mereka meluangkan masa mencuba pakaian pengantin di Butik Ferry Sunarto di Jalan Ciniru, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, semalam.
Sejak diketahui menjalin hubungan cinta, hubungan Anang - Ashanty sentiasa menjadi perhatian umum, tetapi mereka tidak pernah menyatakan tarikh sebenar untuk bersatu.
Bagaimanapun, pada Februari lalu, janda Anang, Krisdayanti, berkata pasangan terbabit akan berkahwin pada awal bulan ini.
Sambil mengakui “bahagia” dengan pernikahan bekas suaminya, Krisdayanti berkata, dia dimaklumkan mengenai pernikahan itu oleh Ashanty sendiri.
Menurut Ashanty, pada hari pernikahan nanti, dia akan mengenakan pakaian kebaya moden yang kuat dengan budaya Indonesia.
“Saya mahu kami kelihatan sempurna pada hari sangat berbahagia itu,” katanya.
Menurut Ashanty, dia dan Anang mempersiapkan konsep berkenaan sejak sekian lama.
Katanya, selain menampilkan unsur kebudayaan yang ketara, majlis akad nikah juga akan dilangsungkan dengan penuh glamor. “Persiapan sangat rapi dan konsepnya juga jelas.
“Semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.
0 Member Sempoi:
Post a Comment