RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail


ARIZONA : Seorang wanita yang cuba menjadi paling gemuk di dunia akan berkahwin dengan seorang tukang masak.

Susanne Eman berkata, hubungannya dengan Parker Clack, 35, memang “sempurna”.

Susanne berkata: “Kami sudah dijodohkan sejak azali. Saya suka makan dan Clack pula suka memasak.

“Dia boleh membantu saya mencapai impian dengan memberi saya makan,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Susanne, 33, mempunyai berat 342 kilogram tetapi berharap untuk mencapai lebih daripada 730 kilogram untuk muncul sebagai wanita paling berat.

Susanne berkata mengenai tunangnya: “Masakannya adalah sebahagian tarikan. Mana mungjin saya tolak seorang lelaki yang mempunyai kepakaran di dapur? “Spaghetti bolognese masakannya kegemaran saya. Saya boleh makannya sepanjang hari.

Clack yang tinggal di Casa Grande, Arizona, menggelar dirinya “Peminat Si Gemuk” Clack berkata: “Saya menyokong Susanne, ia membuatkan dia gembira dan saya sukakan wanita gemuk.

“Bagaimanapun, saya bimbang dengan kesihatannya tetapi makan membuatkan dia tersenyum,” katanya. – Metro

0 Member Sempoi:

Post a Comment