OMBAK BESAR TERENGGANU
Tahun lalu di Terengganu, kejadian ombak besar berlaku dengan teruk sekali di Terengganu. Daerah yang paling teruk ialah Dungun, antara tempat aku dan kengkawan selalu pi mancing. Turut terlibat ialah persisiran Pantai Peranginan Teluk Lipat. Bagi kita yang tak biasa, mungkin ini kejadian yang agak luarbiasa dan pelik sedikit. Tapi, bagi orang sana..."hmm, dah lali dohhh.." Itu bagi dia orang, tetapi, sebenarnya pada aku memang agak luar biasa juga. Sebelum ni ombak kuat jugak, tapi tiada rumah yang menjadi korban...Bezanya kali ni, sebuah rumah dah menjadi mangsa...gamaknya lepas ni apa pulak?? Harap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan dengan segera.
Di KEMAMAN, penduduk Kampung Tanjung, Kuala Kemaman, di sini, turut diancam hakisan pantai ekoran bencana itu sehingga sebuah rumah musnah sementara beberapa rumah lagi di pesisir pantai itu semakin hampir dihempas ombak. Rumah bercantum dengan kedai makan dihuni Juliati Ismail, 30, bersama suami, Mohamad Abdul Rashid serta tiga anak mereka runtuh dalam kejadian ombak besar beserta ribut 22 November 2012 kini hampir sepenuhnya ditelan ombak setelah fenomena ombak besar kembali sejak dua hari lalu. Menyedihkan lagi, empat rumah penduduk lain juga di ambang kemusnahan sekiranya bencana ombak berterusan kerana tebing pantai terhakis teruk sekali gus mendekatkan lagi jarak rumah masing-masing dengan laut.
Komen seseorang di video di atas: "style la vdeo ni..depan umah gua tu...mmg la org lua nmpk disaster..tapi bende ni mmg berlaku tiap2 musim tengkujuh..so org tempatan mcm aku ni da mmg lali daa..tapi kami tetap mengharapkn pihak Perbandaran Dungun untuk membuat sesuatu utk prevent benda ni dari menjadi smakin teruk dari tiap musim tengkujuh yg mendatang...tapi tu laa..hampehhh..government oh government...zzzzzzzzzzzzzz"
sumber:yastro blogspot
0 Member Sempoi:
Post a Comment