GEDUNG PAKAIAN TERBAKAR, 11 RENTUNG
BANDAR BUTUAN, Filipina - Seramai 17 pekerja sebuah pusat pakaian terbunuh apabila bangunan berkenaan dijilat api di sini awal pagi semalam, kata beberapa pegawai.
Mereka berkata, kebanyakan mangsa merupakan pekerja wanita yang sedang tidur dan terperangkap di tingkat atas bangunan berkenaan.
Seramai 21 orang pekerja wanita pasar raya itu terperangkap dalam kebakaran tersebut dengan tujuh daripada mereka dilaporkan masih hilang.
Ketua Inspektor Jabatan Bomba Wilayah, Mario Palarca berkata, tiga mangsa lain terselamat selepas terjun dari sebuah tingkap di tingkat dua bangunan itu.
"Mereka semua sedang tidur di tingkat dua apabila api mula merebak di tingkat bawah. Mangsa gagal mencari pintu kecemasan kerana asap tebal," kata Palarca.
Menurutnya, api marak selama lima jam sebelum kebakaran berjaya dipadamkan.
Pusat pakaian setinggi tiga tingkat itu terletak di Pulau Mindanao, selatan Filipina.
Pada 1995, seramai 162 orang terbunuh dalam kebakaran yang memusnahkan kelab malam Ozone Disco Pub di Manila. - AFP
0 Member Sempoi:
Post a Comment