RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

1:00 am


Kepantasan akses ke blog anda adalah penting kerana ia adalah salah satu kunci utama untuk menarik pembaca dan meningkatkan trafik blog anda.

Berikut adalah tips yang sempoi untuk meringankan blog anda..



1. Minimumkan penggunaan widget untuk blog korang. Guna widget yang perlu untuk kebaikan pembaca sahaja. Bukan untuk menyusahkan pembaca.

Jika lebih banyak widget yang digunakan, maka semakin lambat la blog korang untuk di paparkan secara keseluruhannya. Blogspot akan memanggil widget-widget tersebut daripada tapak asal widget tersebut berada.

# dicadangkan, tidak perlu gunakan widget cursor mouse, widget jam, widget EPL, link within, auto music dan sebagainya. Widget seperti ini tidak penting untuk pembaca.

2. Paparkan 1 atau 2 sahaja entri di main page / laman utama blog Anda. Maksudnya, tidak perlu memaparkan ke semua entri korang dalam satu page. Ini akan menyebabkan blog Anda lambat untuk loading.


3. Kurangkan penggunaan photo yang bersaiz besar (bilangan byte photo) dan jangan paparkan terlalu banyak pada sidebar.


4. Paparkan hanya 5 sahaja bilangan blog dalam bloglist. Sekiranya terlalu banyak senarai blog dalam bloglist, tidak perlu memaparkan ikon dalam bloglist.


5. Susun widget yang digunakan mengikut kepantasan widget tersebut untuk load ke blog. Korang dapat rasakan perubahan loading time blog korang apabila korang susun widget tersebut dengan betul. Biar widget tersebut keluar dengan lancar. 


Dan cara nak cek berat blog anda hanya ikut cara di bawah :


1. Masuk ke laman blog ini http://www.iwebtool.com/speed_test  <---Click 2X
2. Masukkan nama blog anda : Contoh www.sempoicornerdisini.blogspot.com
3.Click CHECK


dan Hasilnya seperti ini:

KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR


0 Member Sempoi:

Post a Comment