RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

11:13 am
KENNER (Louisiana): Artis hip hop AS, Lil Wayne, diarah memotong rumput yang ada di kawasan rumahnya apabila ia didapati terlalu panjang...


Akhbar tempatan di New Orleans, Times-Picayune, melaporkan pihak berkuasa tempatan menegur penyanyi terbabit kerana tidak menjaga kebersihan kawasan kediamannya seluas 930 meter persegi berhampiran Kenner, Louisiana.




Jabatan Penguatkuasaan Louisiana mengeluarkan saman ke atas Dwayne Carter - nama sebenar Lil Wayne - di antara 26 Februari dan 2 Mac lalu.

Rumah itu dianggarkan bernilai AS$1.7 juta (RM5.2 juta) dan kini dalam proses untuk dijual.


Antara lain, ia mempunyai lima bilik tidur, lima bilik mandi dan “lantai yang luas.” - AP