RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Nak belajar masak? Nak sediakan yang terbaik untuk suami,anak-anak,mertua dan kekasih anda yang terbaik.. ? ikuti Tutorial ini...
Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali, Kali ini Bro Zack nak kongsikan nasi tomato resepi ibu. Hey,Bro Zack pun reti memasak taw.Amboi3..Calit sikit!



Bahan-Bahan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga

2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos

Cara Membuat
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.