RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

5:13 pm

Apa sebenarnya SEO ni dan bagaimana ia berfungsi? Itulah yang tertanya-tanya sehingga memaksa aku cari di google tentang makna SEO itu sendiri. Maknanya adalah Search Engine Optimization. Aku masih tidak faham apa peranan benda ni dalam dunia internet ni. Pada mulanya aku anggap ia tidaklah penting mana kerana tujuan aku berblogging adalah nak share cerita dan matlumat. Akhirnya aku salah. Aku salah menganggap bahawa SEO itu tak penting langsung.

Dari anggapan yang salah itu membuatkan aku sedikit keliru. Bagaimana untuk aku mendapatkan traffic? Kalau tak ada traffic siapa nak datang ke blog aku ni? Dari situ membuatkan aku terfikir untuk menarik reader ke blog aku. Dulu aku tidak tahu bagaimana caranya. Aku mula berblogging tahun INI dan blog pertama aku sekadar blog kisah lawak untuk kawan-kawan sahaja yang baca. Menceritakan tentang alkisah lawak dan apa yang aku lalui. Kini tidak lagi, setelah agak lama aku menyepi dan blog aku tu pun dah basi akhirnya aku buat keputusan tinggalkan blog itu dan bina blog yang baru. Sekarang nilah blog baru aku.
SEO juga banyak membantu mempromosikan blog pada carian google mahupun enjin carian yang lain. Jika sesuatu keyword ditaip pada enjin carian maka ia akan memaparkan pencarian ke tapak laman tertentu. Oleh itu jika laman blog kita atau tapak laman kita mesra carian maka blog kita akan berapa dalam ranking teratas carian. Bukan setakat itu sahaja, keyword atau kata kunci memainkan peranan yang penting. Sehingga ke setakat ini aku masih mengkaji dan belajar bagaimana untuk mendapat ranking dalam carian?
Jika difikirkan tanpa mendekatkan diri memperlajari apa itu SEO, ia mungkin nampak sukar, namun setelah didedahkan dengan makna dan tujuan maka aku sedia maklum betapa pentingnya perkara ini pada tapak laman kita.

Pendekatan inilah menjadikan aku begitu teruja untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan SEO. Sesuatu blog bagaikan tiada makna jika tiada pengunjung. Maka kita juga kena rajin melawat blog kawan-kawan untuk mengetahui informasi terkini. Selain itu carian di google merupakan perkara yang sangat penting untuk mengakses sesuatu maklumat sampai kepada kita. Inysa-Allah... aku akan kongsi ilmu berkenaan apa sahaja dengan pengunjung blog aku ni. Jika aku belajar, korang juga kena belajar supaya kita sama-sama pandai. Mana yang kurang kita tambah, mana yang berlubang kita tampal dan lama kelamaan kita semua berada dalam lingkungan generasi yang bijak.

SEO sangat penting untuk jangka masa panjang kerana blog kita akan mendapat traffic apabila terdapat keyword yang sesuai carian di google untuk ke blog kita digunapakai. Cuba korang search 'sekat autorun' di google, agak-agak blog aku tersenarai tak di dalam ranking carian itu? aku pun duk usha gak keyword yang selalu orang cari supaya blog kita berada di ranking atas carian mereka. Okey itu sahaja untuk dikongsikan kali ni, nanti aku terangkan lagi di lain waktu...


0 Member Sempoi:

Post a Comment