RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

6:41 pm


KOTA BHARU 12 Mac — Dengan sekali lafaz, bekas juara bina badan Asia sebanyak enam kali, Datuk Malek Noor hari ini menamatkan zaman bujangnya dengan memilih seorang pakar kanak-kanak Hospital Pakar Perdana di sini sebagai teman hidupnya.
Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamed Noor, 56, dan Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, yang
memakai pakaian sedondon berwarna putih gading diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan Wan Ismail Wan Ahmad, 87, di sebuah kondominium di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini pada kira-kira pukul 11 pagi.
Pengantin wanita menerima senaskah al-Quran sebagai mas kahwin dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan.
Dr. Wan Asma seorang ibu tunggal mempunyai tujuh orang anak berusia antara 30 hingga 11 tahun serta empat cucu, manakala Malek mempunyai seorang anak angkat Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud yang kini berusia 2 tahun.
Ketika ditemui pemberita beliau berkata, beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki kerana apa yang penting perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..




P/S: CINTA SEJATI HINGGA KE AKHIR       


        HAYAT.INSYALLAH