RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

5:22 pm

Bukan sesuatu yang di’banggakan, Ariel Peterpan berkata kehidupan di penjara banyak mengajar beliau perkara yang tidak pernah beliau tahu ketika bebas dahulu.

“Orang gila sahaja kata tidak akan menyesal kalau sudah masuk ke penjara ini. Memang menyesal tetapi saya belajar banyak perkara yang tidak pernah saya tahu,” ujar Ariel Peterpan di Bandung.

Menariknya, sepanjang dua tahun berada dalam penjara, penyanyi utama kumpulan Peterpan ini berjaya mencipta dua buah lagu yang salah satunya berjudul Dara dan sebuah lagi masih belum memiliki judul sehingga hari ini.


Kini dia sentiasa dikawal pihak berkuasa selepas didapati bersalah oleh mahkamah gara-gara pengedaran rakaman video dan gambar lucahnya dengan dua artis wanita popular, Luna Maya dan Cut Tari pada tahun 2010.

Akibatnya, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 31, terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Rumah Tahanan Negara Bandung.

Dalam satu temu bual dengan wartawan semalam, Ariel mengaku dia terlalu mengikut nafsu dan pemikirannya yang dangkal.

“Hanya orang yang melakukan kesilapan seperti saya sahaja yang tahu apa itu maksud menyesal,” kata Ariel.

Selama dalam tahanan, penyanyi itu menganggap pengalaman yang dilaluinya memberikan rahmat yang bukan sedikit.

0 Member Sempoi:

Post a Comment