RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

RIYADH: Seorang pemuda yang baru berusia 21 tahun sudah mampu memliki hampir 30 buah kereta mewah di garaj rumahnya...
Mahasiswa bernama Dhiaa Al-Essa ini memiliki koleksi 30 buah kereta mewah yang di antaranya terdiri dari 4 buah Ferrari, 5 buah Prosche, 3 buah Lamborghini, 2 buah Rolls-Royce dan sebuah Mercedes SLR McLaren.




Lebih menarik lagi, Dhia Al-Essa ternyata belum puas lalu memesan sebuah kereta jenis Koenigsegg Agera yang lengkap dengan sebuah kunci bersalut emas dan sebuah kereta mewah jenis Buggati Veyron untuk ulang tahunnya yang ke-22.

Untuk makluman, pemuda ini membeli kesemua koleksi kereta mewah berkenaan menggunakan duit bapanya yang mungkin seorang jutawan terkemuka di negara ini. Semua koleksi peribadinya itu memiliki plat nombor 070.

Difahamkan, Al-Essa kerap melancong ke London, Montreal, Las Vegas dan New York pada musim panas hanya untuk bersiar-siar dengan menaiki kereta mewahnya.


“Saya suka dengan kelajuan tetapi di Arab Saudi batas halaju hanya 120 km/j, itu sangat perlahan. Ketika Bugatti tiba saya berharap untuk membawanya ke Jerman dimana kita dapat memandu selaju yang mungkin.