RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

5:14 pm
Pertama sekali tahniah buat Awal Ashaari dan Scha Alyahya kerana bakal membina masjid dan Bro berdoa agar mereka bahagia,dikurniakan zuriat dan dimurahkan rezeki. Serasi kan mereka? ololo sweet!!

Pasangan hangat Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya hari ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada sidang media yang diadakan di Flora Cafe, Jln Ampang. Pasangan ini akan bernikah pada 4 Mei hadapan dan majlis akan diadakan di Pullman Putrajaya. Majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, jam 8.00 malam.

     Dalam masa yang sama pasangan ini mendedahkan majlis merisik telah diadakan pada 30 Mei 2011 lalu iaitu pada harijadi Scha yang ke 28. Pada majlis itu Scha menerima sebentuk cincin tanda yang disarungkan oleh kakak Awal.

Pada sidang media tadi, Awal dan Scha tampil ringkas. Tiada pakaian sedondon sebaliknya Awal mengenakan sepasang Kurta putih, manakala Scha memakai kurung moden berona coklat.

Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program Sehati Berdansa dan kini usia perkenalan mereka telah mencecah dua tahun enam bulan.

Astro RIA bakal bertindak selaku penyiar rasmi untuk majlis tersebut.

KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR SELANJUTNYA

0 Member Sempoi:

Post a Comment