kalau korang boleh berfikir .. BACA artikel ni
Legging Fesyen Yang Menjengkelkan
Salam pembaca semua. Harap korang ceria selalu. Kali ni luncaii tergerak nak buat entri pasal pemakaian legging. Hari ni Bro nak buat entri pasal legging. Kalau ada yang belum baca boleh tengok kat sini. macam biasa lah. Kalau ada yang tak suka dengan apa yang Bro nak sampaikan ni korang boleh tekan butang [x] je. Bro ada jumpa blog yang buat entri cara-cara tudung dengan legging. Adui.. takda otak ke. Dah tau benda ni tak sesuai di pakai tapi kenapa nak bagi tips pulak. Hentikan pemakaian lucah ini.selanjutnya....
Kepada wanita-wanita yang di luar sana, tolong lah jangan pakai legging. Naik nafsu lelaki oo. Lagi-lagi yang ada bentuk badan menggiurkan. nyam-nyam. Nampak susuk tubuh. huhu. Sorry to say la. Wanita-wanita islam ini buat-buat tidak tahu sahaja. Sudah tahu tak elok di sisi agama, tapi masih memakainya di tempat awam untuk tontonan orang ramai kerana mereka lebih mengutamakan fesyen dan untuk menunjuk kecantikkan.
Sebab-sebab dilarang memakai legging:
1. Berpakaian tetapi telanjang
Kononnya sudah bertudung, memakai baju, kain dan seluar apabila keluar, tetapi masih ditafsirkan sebagai 'telanjang' ?. Kerana, baju, kain dan seluar yang dipakai wanita itu tidak benar-benar dan tidak sungguh-sungguh melindungi dan menutupi bahagian-bahagian aurat badannya.
Wanita-wanita ini berjalan ke sana ke mari hanya berpakaian secara fizikal, tetapi lelaki-lelaki yang memandang mereka dengan 'senang dan segera' dapat membogelkan mereka dengan pandangan mata. Amat mudah para lelaki untuk meng X-ray apa yang terselindung di sebalik legging itu. Kemudian, bermain-mainlah idea-idea kotor dan fantasi cabul, rogol di dalam minda lelaki-lelaki itu.
sabda Rasulullah s.a.w. :
"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)
2. Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan pakaian seksi
Pakai tudung ? Bagus ! Itu menepati kehendak Islam. Tetapi kenapa ada wanita memakai bersama seluar ketat dan legging pula...?? Itu namanya mencampur adukkan yang HALAL dengan yang HARAM. Air dan minyak tidak boleh bercampur. Walaupun LEGGING dipakai bersama tudung dan baju paras lutut sekalipun, ia tetap tidak sesuai dari segi peraturan pemakaian Islam kerana bahagian betis wanita masih nampak 'ketat'. Maka ia juga menampakkan bentuk aurat wanita.
Sesetengah wanita menganggap pemakaian Islam ini kolot, tetapi sebenarnya tujuannya adalah untuk melindungi maruah wanita Islam dari pandangan seksual kotor si lelaki. Ini adalah kerana hampir keseluruhan bahagian tubuh wanita termasuklah kaki, betis, peha, pinggul, kemaluan, dada, leher dan malah wajah wanita sangat mudah mencetuskan nafsu seksual lelaki. Seterusnya ini boleh mengundang imaginasi kotor dan persepsi jahat si lelaki terhadap wanita Islam itu. Oleh itu, jika mahu menutup aurat dan berimej wanita sopan, biarlah bersungguh-sungguh. Baru mendapat pahala.
3.3. Kecantikan hanya untuk suami
Berhias untuk suami. Bermake-up cantik untuk suami. Pakai baju tidur seksi untuk suami. Pakai mini skirt untuk suami. Pakai seluar ketat untuk suami . Pakai legging ketat nampak bentuk peha dan bontot pinggul untuk suami. Pakai baju jarang untuk suami. Pakai seluar jeans ketat untuk suami. Semuanya khas dan istimewa untuk suami sahaja bukan lelaki-lelaki di tempat awam atau di tempat kerja.
Ermm..kalau pakai tudung tapi tak pakai legging apa cerita pulak..huhu.