EHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang sebelum ini beberapa kali menegaskan keperluan 'melenyapkan' Israel dari peta dunia, semalam sambil menyindir melahirkan pendirian berbeza.
Selain Iran tidak perlu membeli senjata untuk menyerang negara Yahudi itu, katanya, Israel hanya sebuah 'negara nyamuk'.
“Israel tidak lebih seperti nyamuk yang tidak nampak berbanding negara luas seperti Iran," kata beliau.
Beliau sudah lama mempersoalkan kewujudan Holocaust selepas mengambil alih jawatan Presiden pada Oktober 2005 dan menyertai kempen “Dunia Tanpa Zionis”.
Menurutnya lagi, hanya menggunakan kuasa ALLAH, negaranya boleh bebas daripada bayangan kuasa Amerika Syarikat dan Zionis, kata beliau dalam laporan yang dibawa oleh Agensi Berita Republik Islam Iran, yang dipetik CNN.
Mahmoud berkata demikian di sebalik desas-desus bahawa akan tercetus perang membabitkan kedua-dua negara.
Mahmoud berkata, negara-negara serantau Teluk diperdaya agar membeli senjata bernilai berbilion dolar daripada kuasa asing yang angkuh kononnya akan tercetus perang antara Iran dan Israel.
Katanya, pembelian sedemikian tidak perlu kerana tiada horizon perang antara Iran dan Israel.
Mahmoud juga memberitahu bahawa kuasa Israel menjadi semakin lemah jika negara lain mengurangkan hubungan serantau seperti tidak menjual minyak kepada Israel.
Kuasa Barat dan Israel khuatir Iran membangunkan program nuklear, yang terus diselubungi kontroversi, sebaliknya ia dibangunkian secara damai.
Perdana Menteri Israel, Banjamin Netanyahu sebelum ini mengkritik keras mengenai program nuklear Iran dan mengatakan mereka akan menyerang tapak nuklear Iran dan tidak menolak perang serantau.
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata perang boleh mencapai 10 kali ganda bahaya dan perbincangan harus diadakan untuk mencari jalan lebih selamat.
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherin Ashton menyifatkan rundingan nuklear bulan lepas di Istanbul, Turki di antara diplomat Iran dan antarabangsa sebagai rundingan yang membina dan amat berguna.
Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi berkata, beliau yakin rundingan bersama Amerika Syarikat, Rusia, China, Jerman, Perancis dan Britain itu akan menghasilkan kemajuan yang berterusan.
Pihak-pihak ini bersedia untuk membuat rundingan sekali lagi di Baghdad, 23 Mei ini.
0 Member Sempoi:
Post a Comment