RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail




MERSING: Seorang penyelenggara mesin di sebuah kilang sawit di sini, Mohd Sharil Sidik, 21, putus pergelangan tangan kanannya yang terperosok ke dalam mesin pengangkut ketika melakukan kerja pembersihan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Ahad 6 Mei 2012, mangsa dikatakan sedang bertugas seorang diri dan berada di atas mesin berkenaan sebelum tangannya dipercayai tersangkut pada mesin itu menyebabkan pergelangan tangannya terputus dan tercampak ke lantai.
Jeritan kuat mangsa menyebabkan rakannya dikenali sebagai Wan, 20-an yang berada di stor kilang berkenaan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui pergelangan tangan mangsa yang terputus.

Wan berkata, melihatkan kecederaan parah dialami mangsa, dia menghubungi pengurus kilang memaklumkan kejadian itu sebelum membawa mangsa serta bahagian tangan yang putus ke Hospital Mersing (HM).


Sebaik mangsa tiba di HM, pengurusan kilang itu menghubungi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan serta Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan kecemasan.




0 Member Sempoi:

Post a Comment