ADIK DAH TIDUR MAKCIK
POKOK SENA: “Mak cik, mak cik...adik dah tidur,” jerit Sofina Zulaikha Mohd Azim, 3, tanpa mengetahui adiknya, Shamina Zulaikha, enam bulan, sebenarnya tidak sedarkan diri sebelum meninggal
dunia selepas terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Kampung Lanchut Tok Leed, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Shamina dikatakan merangkak sambil bermain-main di sekitar ruang tamu sebelum mencapai wayar penyambung di belakang almari lalu terkena renjatan elektrik yang menyebabkan kematiannya.
Selepas mendengar jeritan Sofina Zulaikha, ibu saudaranya, Nor Aina Rosli, 14, yang ketika itu sibuk menyediakan sarapan di dapur, bergegas ke ruang tamu dan terkejut apabila melihat mangsa tertiarap dan tidak sedarkan diri sambil tangan kirinya menggenggam wayar.
Seorang lagi ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, berkata, hanya tiga orang di rumah itu iaitu mangsa bersama kakaknya dan mereka dijaga Nor Aina. Menurutnya, datuk dan nenek mangsa tiada di rumah kerana keluar menoreh getah, manakala bapanya, Mohd Azim Akmal, 23, keluar bekerja sebagai pendawai elektrik.
0 Member Sempoi:
Post a Comment