Di bawah ni ada beberapa tips untuk awek-awek yang masih bersekolah untuk mengelakkan dari dibenci oleh pelajar lelaki, guru lelaki mahupun kawan sejantina sendiri. Tanpa sedar banyak perkara yang awek selalu buat yang membuatkan lelaki cukup menyampah dan meluat. Antaranya ialah :
1) Gedik tahap dewa
Hui aku juga menyampah kalau dapat student yang gedik tahap dewa. Awek sekolah yang gedik tahap dewa mungkin tidak ada di sekolah tahfiz. Tetapi di sekolah-sekolah lain dari Perlis sampai ke Sarawak memang mudah diperoleh. Antara sifat-sifat nature mereka adalah suka bercakap dengan kuat, ketawa dengan kuat, terkinja-kinja seperti di bawah pengaruh dadah, dan lain-lain yang berkaitan. Awek-awek yang gedik tahap dewa juga kebiasaannya suka mencari publisiti murahan dan mencapap.
Pakwe sekolah tidak akan mengorat awek yang gedik tahap dewa kerana kelak mereka juga akan dipersenda oleh rakan sebaya kerana kau dah kenapa, tak ada awek lain dah ke kat sekolah ni? Yang gedik-gedik tu jugak kau nak??? Pakwe sekolah juga berpendapat awek-awek sebegini berpotensi untuk mencanang satu sekolah tentang hubungan mereka. Kebiasaannya awek gedik tahap dewa hanya menjadi bahan usikan atau posmen kepada awek yang mereka minat sahaja.
2) Bajet hot
Ramai di kalangan awek sekolah yang bajet hot atau dalam bahasa mudahnya perasan cantik. Awek-awek sekolah sekalian, sekiranya anda dikurniakan wajah jelita atau cute, anda jangan rasa diri anda yang paling cantik di sekolah. As the saying goes, beauty lies in the eyes of the beholder. Ciri-ciri awek bajet hot sangat mudah dikenalpasti. Apabila berjalan kebiasaannya matanya meliar kerana merasakan diri menjadi bahan tenungan pakwe-pakwe sekolah. Apabila makan di kantin atau dewan makan seperti pengantin makan beradap. Pendek kata awek bajet hottt memang control habis waima (pergh) hanya seorang sahaja kaum Adam itu pun yang belum mumayyiz dan dalam jarak 500 meter.
Awek sekolah bajet hot tidak menjadi pilihan kerana pakwe sekolah terpaksa berhadapan dengan cinta tiga segi di usia yang muda. Ini kerana apabila awek-awek sekolah ini membajetkan diri mereka hot, mereka merasakan ramai pakwe-pakwe sekolah dambakan (pergh lagi) cinta dan kasih sayang mereka. Itu belum kira cikgu lelaki. Ada juga awek bajet hot mengatakan guru lelaki meminati mereka sehingga terkejar-kejar mahu mengajar di kelasnya.
3) Awek hensem
Awek hensem selalunya tampak ganas dan tougher than pakwe sekolah. Perangai awek-awek ini dapat dilihat dengan mata kasar seperti cara mereka berjalan, cara percakapan dan pembawaan diri yang tidak seratus peratus perempuan. Mereka juga suka bergaduh dengan kaum Adam dan perkataan belasah, terajang, penendang atau bantai menjadi trademark apabila bergaduh.
Pakwe sekolah menyampah dengan awek hensem kerana mereka seolah-olah ingin membuktikan mereka juga gagah, sasa dan jangan dipandang enteng. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Inikan pula cinta monyet remaja sekolah. Sekiranya berlaku sebarang pergaduhan pakwe-pakwe berpotensi untuk dicampak dari koridor memandangkan mereka lebih tough justeru adalah lebih wajar tidak menjadikan awek hensem sebagai kekasih. Berdasarkan survey yang dilakukan secara random pakwe-pakwe sekolah berpendapat awek hensem kebiasaannya tidak begitu hormat pada pakwe sendiri.
4) Awek mengadu domba
Mengadu domba adalah perbuatan yang dibenci. Maka awek yang suka mengadu domba perlulah sedar mereka juga dibenci oleh pakwe-pakwe sekolah. Awek-awek sebegini memandang perkara remeh sebagai perkara yang besar punyaaa. Sebagai contoh sekiranya awek ini diusik oleh pakwe-pakwe sekolah, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadukan perkara tersebut pada ustazah atau guru-guru komander askar. Hui sudah pasti kena panggil dan 'dibasuh' maka bertambahlah kebencian yang sedia ada.
Awek-awek lindungan kaabah juga kebanyakkannya suka mengadu domba. Kalau dah kau alim sangat kau nasihat aje lah pakwe tu. Yang kau nak mengadu sana sini kenapa *emo*
5)Awek kuat mencarut
Mencarut sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Kadang-kadang tersadung kaki bagaikan kilat terus sahaja ada carutan yang meluncur dari mulut dibawakan secara live dari awek kuat mencarut. Awek kuat mencarut menyebabkan pakwe sekolah bertukar menjadi imam muda kerana segala carutan akan dibalas dengan beristighfar. Awek kuat mencarut juga sebahagiannya dipengaruhi oleh awek hensem dan kebarangkalian kecil untuk menjadi tomboy juga ada.
Tidak ada satu makluk pun di dunia ini yang sukakan awek kuat mencarut. Maka adalah wajar sekiranya anda berhentikan carutan anda kerana Tuhan juga marah. Awek-awek seperti dalam gambaran di atas sila insaf. Masih belum terlambat.
Bagaimana awek-awek sekalian? Aku rasa anda perlu muhasabah diri anda dan lakukan anjakan paradigma ke arah yang lebih positif (ayat karangan SPM). Untuk pakwe-pakwe sekolah, tidak ada orang yang sempurna. Berpakwe-makwe ketika zaman sekolah sebenarnya tidaklah menyeronokkan kerana belum ada duit dan susah nak dating nanti kena tangkap dengan cikgu atau pengawas eh! Macam berpengalaman sahaja.
Sumber : tecerwidad.blogspot.com