RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

8:30 am
LOKASI KEJADIAN

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nekad merempuh kepungan kira-kira 30 lelaki bagi menyelamatkan abangnya yang parah akibat dibelasah dan ditetak dengan parang oleh kumpulan lelaki itu dan
terpaksa memapah abangnya sejauh lebih 20 meter untuk keluar dari tempat kejadian.

Kejadian berlaku depan sebuah premis perniagaan di Desa Melawati, di sini, pada jam 1 pagi Ahad lalu selepas abang lelaki itu parah diserang kumpulan lelaki terbabit.

Sumber berkata, sebelum itu mangsa berusia 40-an melihat berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan kira-kira 30 lelaki dan dia berniat ingin menyuraikan pertelingkahan terbabit kerana mengenali seorang daripada mereka yang terbabit dalam insiden itu.

“Bagaimanapun niat baiknya mengundang padah apabila mereka yang tidak berpuas hati menyerangnya, malah mengepung sebelum membelasah mangsa bertubi-tubi dengan parang.


“Mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan diri, namun gagal malah dia ditetak di tangan dan kepala bertubi-tubi,” katanya.

0 Member Sempoi:

Post a Comment