RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

11:14 pm
2
Air kacang soya (juga susu soya atau Italisoia latte) merupakan satu minuman dari kacang soya yang asalnya dari China. Di setengah negara-negara Asia, minuman ini merupakan satu kebiasaan dan dijadikan satu hidangan harus ketika waktu makan. Di sebelah barat ia dijadikan satu bahan minuman gantian kepada sesiapa yang
tidak boleh meminum susu lembu.




Air kacang soya dikenalpasti asalnya dari China,[1] sebuah kawasan yang mempunyai pokok soya dan menggunakan dan memakan hasil soya sejak sebelum wujudnya rekod penulisan secara bertulis. Kemudiannya, pokok kacang soya dan hasil tuaiannya telah diperkenalkan dan di tanam di Jepun. Air kacang soya ditemui dan dibuat oleh Liu An dari Dinasti Han di China sebelum 164 sebelum masihi. Liu An juga dikatakan yang membuat tauhu di China, kemudiannya dikatakan 900 tahun selepas itu, dikenali di Jepun, sebagai tofu.

2 Member Sempoi:

  1. saya suka air soya !! heheheee.

    ReplyDelete
  2. hehe... jgn minum selalu..berangin badan nanti tau

    ReplyDelete