HALIFAX (Kanada): Tragedi kapal Titanic 100 tahun lalu diingati dengan cara tersediri di seluruh dunia, semalam.
Di bandar yang membina Titanic, Belfast, sebuah taman peringatan dibuka dengan menempatkan monumen pertama menyenaraikan semua nama mangsa tragedi itu.
Sebelum itu, kuntuman bunga ditabur ke tempat Titanic karam di Laut Atlantik dari MS Balmoral - sambil orang ramai bertafakur seminit.
Di Halifax, kira-kira 1,000 orang - sesetengahnya berpakaian seperti era 1912 - berdoa di tanah perkuburan yang menempatkan 121 mayat mangsa kapal karam berkenaan.
Sebanyak 29 mayat lagi ditanah di dua tanah perkuburan berhampiran