RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

4:26 pm

PETALING JAYA: Jika tidak kerana kereta penculik rosak di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, di sini, sepasang suami isteri warga Indonesia mungkin menemui ajal apabila diculik dua lelaki menyamar polis di rumah mereka di Sungai Chua, Kajang, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan suami isteri warga Indonesia berusia 30-an itu ditemui anggota polis membuat rondaan dalam keadaan tangan diikat manakala tubuh mereka cedera dalam kereta yang ditinggalkan di depan sebuah kondominium di Kampung Sungai Kayu Ara.

Menurut sumber, sebelum itu dua lelaki datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam dan menyamar sebagai polis sebelum menggari suami isteri itu kerana mereka kononnya akan dibawa ke balai berikutan melakukan kesalahan.

“Mangsa tidak membantah dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta. Bagaimanapun, pasangan itu tidak dibawa ke balai polis, tetapi dibawa ke arah Damansara.

“Sejurus tiba di satu kawasan berhampiran masjid Kampung Sungai Kayu Ara, dua suspek terbabit menyerahkan kedua-dua mangsa kepada tiga lelaki lain dan seorang daripada mereka bekas suami mangsa wanita.

“Pasangan suami isteri itu dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta lain dan gari pada tangan mereka dibuka sebelum diikat pula dengan tali. Selepas itu, mangsa wanita dibelasah manakala mangsa lelaki dicekik sehingga pengsan,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

0 Member Sempoi:

Post a Comment