RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

12:38 am

Pelakon Tasha Shilla pada mulanya mengambil pendirian untuk mendiamkan diri bila dikaitkan dengan isu kehadirannya di sebuah kelab malam bersama teman-temannya.
Apatah lagi bila dia dikatakan menari dalam keadan ghairah atau ‘pole dancing’ ketika berada di situ.
Mungkin kerana hendak menepis segala dakwaan tersebut, Tasha tampil untuk ‘menjernihkan’ isu
berkenaan.
Menurut pelakon tersebut, dakwaan itu sengaja direka-reka untuk menjatuhkan maruah dirinya dan memburukkan imejnya sebagai artis.
Tasha juga ‘terasa hati’ dan kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan padahal dia langsung tidak berkelakuan seperti yang didakwa.
Menurut portal hiburan Beautifulnara.com, Tasha mengatakan dia ke kelab malam tersebut untuk menghilangkan tekanan selepas penat seharian berlakon di lokasi penggambaran.
Tambahnya, dia sememangnya tidak mahu menjadi manusia hipokrit dengan menyangkal dia pernah pergi ke kelab malam dan ‘aktiviti’ itu disifatkan sebagai meluangkan masa bersama teman-teman.
Kata Tasha Shilla:-
Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama.
Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. 
Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. 
Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. 
Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata.
Errmmmm….pergi kelab malam untuk tenangkan fikiran?
Betullah kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
Penulis tak mahu cakap apa, itu hak dia, itu pilihan dia.
Namun penulis berharap KELAB MALAM tidak akan selamanya menjadi pilihan Tasha untuk menenangkan fikirannya atau untuk meredakan tekanan.
Bukan apa, takut daripada nak tenang, bertukar menjadi bertambah serabut, daripada nak hilang tekanan, takut bertukar menjadi bebanan! – MynewsHub