RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

10:57 pm

Nada Cinta adalah drama lipur lara muzikal yang ditayangkan di Indosiar yang diciptakan oleh MD Entertainment pada tahun 2011 pertama tayang mulai sejak tarikh Isnin, 17 Januari 2011 dengan lagu tema soundtrack yang diambil berjudul Nada Cinta memasang lagu soundtrack drama lipur lara Nada Cinta ini dipilih lagu berjudul sama yakni Nada Cinta yang penyanyikan vokal oleh Mikha Tambayong Feat. Randy Pangalila
Dewi Sandra dan Michella Puteri. Drama lipur lara ini dibintangi oleh Mikha TambayongRandy PangalilaOlla RamlanLuna MayaPrimus YustisioMichella Puteri dan Dewi Sandra setiap hari pukul 7.00 petang. Sinetron ini akan ditayangkan di Malaysia di Astro Ria pada 27 September 2011, tayang setiap hari Isnin - Jumaat, pukul 06.30 petang.



Pelakon

Nama PelakonPerananHubunganStatus Kehidupan
Mikha TambayongNadaKekasih Ricky
Anak Faris & Rina
Teman Vito, Flora & Siska
Anak tiri Nia
Adik Kembar Cinta
Hidup
Cinta / Sahara / MikhaKakak Kembar Nada
Kekasih Marvin
Hidup
Randy PangalilaRickyKekasih Nada
Adik Ariyanti
Teman Cinta, Rasti, Vito, Flora & Siska
Hidup
Michella PutriRasti YunitaAdik tiri Nada
Kekasih Alex
Anak Faris
Anak Erwin & Nia
Teman Nada, Ricky, Vito, Siska, Cinta & Flora
Hidup
Donny MichaelAlexKekasih Rasti
Anak Benny
Hidup
Aditya FirmansyahVito AnggaraTeman Nada, Ricky, Rasti, Cinta & Siska
Anak Fahmi
Kekasih Flora
Hidup
Nufi Julian WardhanaSiskaTeman Nada, Ricky, Vito, Cinta, Rasti & FloraHidup
Irene JustineFlora SantikaKekasih Vito
Teman Nada, Ricky, Rasti, Cinta & Siska
Hidup
Dewi SandraRinaIbu Nada
Isteri Faris
Hidup
Dicky WahyudiFarisAyah Nada & Rasti
Suami Rina & Nia
Hidup
Luna MayaSusanIsteri Yudi
Ibu tiri Martin
Hidup
Primus YustisioErwinTeman Rina & FarisHidup
Olla RamlanNia RahmawatiIbu Rasti
Isteri Faris
Ibu tiri Nada
Hidup
Rifat SungkarDodiPengemis
Teman Nada
Hidup
Wahid SabillahRianPengemis
Teman Nada
Hidup
Echa CeicarioBanuPengemis
Teman Nada
Hidup
Kieran ShiduJerryPakcik Rasti
Adik Nia
Penculik Nada
Hidup
Bayu SeptivirgunaArgaAbang ipar Ricky
Ayah Tiara
Suami Ariyanti
Hidup
Derry DrajatFahmiAyah VitoHidup
Indah IndrianaFarahMakcik Nada & Rasti
Adik Faris
Hidup
BennyAyah AlexHidup
Putri UnaVannaTeman Nada, Ricky, Rasti, Vito & FloraHidup
Ricky DjauharyMartinAnak Yudi & Susan
Sepupu Alex
Hidup
YudiAyah Martin
Suami Susan
Hidup
TirtaDatuk Nada, Rasti & Cinta
Ayah Faris & Farah
Meninggal
Louise AnastasyaAriyantiIbu Tiara
Isteri Arga
Kakak Ricky
Hidup
Larissa Anggia WulandariMarissaHidup
TiaraAnak Arga & Ariyanti
Anak saudara Ricky
Hidup
MarvinKekasih CintaHidup
Dr AlvinPenculik Nada & Cinta
Kekasih Nia
Hidup dan Meninggal


Sinopsis

Faris adalah seorang anak orang kaya yang sedang menjalinkan hubungan dengan Rina, seorang guru muzik yang berasal dari sebuah keluarga biasa. Hubungan ini ditentang oleh Tirta, ayahnya. Faris dipisahkan dengan Rina dan dipaksa berkahwin dengan Nia. Semasa itu, Rina telah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan yang kemudian diculik oleh adik Nia, Jerry lalu dihantar ke rumah anak yatim.
Tujuh belas tahun kemudian, Nada, anak perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini sudah membesar menjadi seorang remaja yang cantik dan sangat mencintai muzik. Nada ingin berjumpa dengan ibu bapanya yang sedang berada di suatu tempat. Nada pun bertekad untuk ke Jakarta. Ketika tiba di Jakarta, Nada nyaris dilanggar kereta tetapi berjaya diselamatkan oleh Rina. Sayangnya pertemuan anak dan ibu ini tidak membuat mereka berdua menjadi lebih dekat.
Nada kini bergabung dengan tiga orang pengemis jalanan iaitu Dodi, Rian dan Banu. Oleh itu, Nada dan kawan-kawannya membina sebuah gerai di depan SMA Tunas Bangsa, di mana Rina ternyata mengajar muzik.
Nada bertemu kembali dengan Rina. Ketertarikan yang sama terhadap muzik perlahan-lahan membuat mereka dekat. Sementara itu, Ricky, pelajar kegemaran di sekolah ini, terpesona dengan suara Nada. Hal ini membuat Rasti, kekasih Ricky, menjadi cemburu dan ingin menyingkirkan Nada. Kemudian diketahui bahawa Rasti sebenarnya adalah anak Faris dan Nia. Adakah Rasti dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dahulu? Atau adakah ini akan membuatkan Faris kembali kepada Rina?
Rasti dan Ricky pun memutuskan hubungan mereka atas sebab Rasti amat cemburu kepada Nada yang sering mendapatkan perhatian Ricky. Selepas itu, Rasti pun menjalinkan hubungan dengan Alex, musuh ketat Ricky dari SMA Pembangunan yang bersaing dengan kumpulan bola keranjang dan muzik.
Dalam masa yang sama, Nada telah berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Vito yang berkawan baik dengan Alex. Vito yang telah terjatuh cinta pada Nada berpindah ke SMA Tunas Bangsa untuk mendapatkan cinta Nada. Setelah dia memberitahu Ricky bahawa dia mencintai Nada, Ricky mula sedar bahawa dia juga amat mencintai Nada.
Maka lahirlah sebuah cinta tiga segi di antara Ricky, Nada dan Vito. Pada waktu yang sama, Rasti dan kekasih barunya, Alex telah merancang untuk menghancurkan persahabatan antara Ricky, Nada dan Vito.
Siapakah yang akan dipilih oleh Nada, Ricky atau Vito? Adakah Rina akan dipertemukan dengan anaknya? Saksikan Nada Cinta di Astro Ria, pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6:30 petang.


Daftar lagu


Lagu Tema

  1. Nada Cinta, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong feat. Randy PangalilaDewi Sandra dan Michella Puteri


Lagu Sampingan

  1. Hipnotis, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong
  2. Terbakar, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong feat. Randy Pangalila (mulai oleh Ahmad Dhani)
  3. Jangan Sedih, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong
  4. Semakin Lama Semakin Aku, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong
  5. Baru Aku Tahu Cinta Itu Apa, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong
  6. Cintamu Adalah Takdirku, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong feat. Randy Pangalila (mulai oleh Teuku Wisnu)
  7. Gejolak Cinta, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong feat. Randy Pangalila (mulai oleh Sandhy Sondoro)
  8. Sabtu Malam Sendiri, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong
  9. Terlalu Sakit, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong
  10. Buntu, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong
  11. Menemukanmu, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong
  12. Cinta Setengah Malam, Dipenyanyikan oleh Mikha Tambayong

Nada Cinta
Nadacinta.JPG
GenreRemaja
Drama muzikal
FormatRemaja
Drama muzikal
PenciptaMD Entertainment
Dimajukan olehMikha Tambayong
Ditulis olehAviv Elham
PengarahAnupham Sinha
Anto Agam
Pengarah kreatifAviv Elham
PengacaraMikha Tambayong
Randy Pangalila
Michella Putri
Dewi Sandra
Luna Maya
Olla Ramlan
Primus Yustisio
DibintangiMikha Tambayong
Randy Pangalila
Michella Putri
Dewi Sandra
Luna Maya
Olla Ramlan
Primus Yustisio
Pelakon suaraMikha Tambayong
Pencerita suara latarMikha Tambayong
Komposer muzik temaMD Record
Lagu tema pembukaanNada CintaMikha Tambayong Feat. Randy PangalilaDewi Sandra danMichella Puteri
Lagu tema penutupNada CintaMikha Tambayong Feat. Randy PangalilaDewi Sandra danMichella Puteri
KomposerWawan
Negara asalBendera Indonesia Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan episod244 Episod
Penerbitan
LokasiJakarta
Tempoh siaran2 jam (120 minit)
Syarikat penerbitanMD Entertainment
Syarikat pengedaranMD Entertainment
Penyiaran
Saluran asalIndosiar
Julung kali ditayangkan diIsnin, 17 Januari 2011
Siaran asalIsnin, 17 Januari 2011 – 28 Ogos 2011
Nada Cinta adalah drama lipur lara muzikal yang ditayangkan di Indosiar yang diciptakan oleh MD Entertainment pada tahun 2011 pertama tayang mulai SUMBER:WIKIPEDIA BAHASA MELAYU