RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail


Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam.
Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.
Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.
Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun Al-Quran itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.
Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.
Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.
Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam –