RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail






BAITULMUQADDIS: Anak lelaki Perdana Menteri Israel yang juga jurucakap tentera negara itu, Yair Netanyahu, 19, mengeluarkan komen mengejek dan menghina masyarakat Arab dan Islam di laman Facebook beliau.
 

Ia mendapat perhatian ketua unitnya yang mana hanya memarahi tindakan anak Benjamin Netanyahu yang disifatkan mempunyai niat jahat.



Awal tahun ini, menurut akhbar harian Haaretz, Yair mengeluarkan komen yang membawa maksud masyarakat Islam hanya menyambut kebencian dan kematian.


Dalam komen yang sama, Yair turut menulis komen “keganasan mempunyai agama dan ia adalah Islam”; merujuk kepada kejadian pembunuhan lima ahli keluarga Israel yang membabitkan rakyat Palestin di Tebing Barat. - AP