RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

3:24 pm

AYER KEROH - Seorang pengusaha sebuah kafeteria di Hospital Melaka, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana menjual ayam masak kurma yang mengandungi bakteria coliform, Mei tahun lalu.


Hukuman itu dijatuhkan Majistret Ida Rahayu Sharif terhadap Rozailina Zainol, 33, yang mengaku pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Rozailina didapati menjual ayam masak kurma kepada Pegawai Berkuasa Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Mohd Azrol Nizam Aziz, setelah dianalisis di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, Selangor, mengandungi 240 coliform.

Rozailina didapati melakukan kesalahan itu Kafeteria Hospital Melaka, Jalan Mufti Haji Khalil kira-kira jam 3.15 petang pada 18 Mei 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2001) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Iskandarsah Mohd Sah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak mempunyai rekod lampau.