KUALA TERENGGANU- Berita baik untuk orang ramai yang ingin mendapatkan wang dengan cara mudah, iaitu hanya perlu membawa barangan kitar semula untuk dijual kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
Pengarahnya, Fatimah Ahmad berkata, program itu adalah sempena Program Karnival 1Malaysia yang akan berlangsung di Dataran Permata, Kampung Baru Seberang Takir bermula hari ini hingga 21 April ini.
Menurutnya, pengunjung ke karnival tersebut digalakkan menjual barangan kitar semula seperti kertas, kotak, tin aluminium, plastik dan tetra pek ke gerai perbadanan itu untuk dijual.
“Banyak aktiviti yang akan kita sediakan dan program kitar semula ini adalah kempen kesedaran, agar ia menjadi satu budaya dalam masyarakat kita.
“Pada karnival itu juga, pengunjung gerai kami akan berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi membuat baja organik, pameran kitar semula dan membeli barangan kitar semula daripada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Menurutnya, masih ramai yang belum menyedari akan kewujudan dan fungsi perbada-nan itu dan pihaknya mengharapkan, penglibatan dalam karnival itu akan meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap perbada-nan berkenaan.
Katanya, PPSPPA adalah agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah ditubuhkan pada Februari 2008 di bawah Akta 673, untuk menguatkuasakan akta penguru-san siasa pepejal dan pembersi-han awam.
“Fungsi utama kita adalah untuk menguatkuasa dan memantau syarikat konsesi yang dilantik pengurus pungutan sisa pepejal dan menjalankan pembersihan awam di semua kawasan PBT,” katanya.