AMARAN DAN NASIHAT
JIKA ANDA MEMBELI BELAH
DI PASARAYA ATAU DI MANA-MANA
SAHAJA
AWASI ANAK ANDA
Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila
berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya
berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi
terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan
tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya
apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya
untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya
semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi
mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka
menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air
dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh
dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju,
pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk
menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak
perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya –
melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak
sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat
luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di
gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan
semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya
dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi
dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari
tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke
hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak
pantas
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!
sumber: cik belalang olahan : Bro Zack