RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

5:17 pm
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca dan blogger yang sudi berkunjung di teratak Bro ni..Entry kali ini Bro Zack nak berkongsi dengan korang tips2 untuk memahami kaum Adam nie, so,bila dah baca tips ni, harap korang dapat fahami situasi yang dihadapi oleh,suami,kekasih atau kawan lelaki anda..Jom layanzz..Sempoi.....


1. BILA SI DIA SIBUK



     Lelaki nie kalau ada kerja yang penting,ia akan memberi penuh tumpuan terhadap kerjanya. Dalam situasi ini si lelaki ni xnak gangguan atau permintaan yang remeh remeh..sebab boleh mengundang kemarahan dan fakta,kebanyakan perpecahan rumah tangga,hubungan cinta yang tak kekal lama berpunca daripada ini lerrrrr..ni pokoknya..

   SO, Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. Sebab silap2 boleh dapat SmS talak pula..kih3...


2. BILA SI DIA PENAT


Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan. Jangan membebel dan membebel dan membebel kepada si dia kerana menambahkan kepenatan si dia dan menyebabkan dia berfikir nak kahwin lagi...


3. BILA SI DIA MENGONGKONG ANDA


Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua. Tapi..korang kena tahu.. lelaki mengongkong anda kerana dia sayangkan anda dan mahukan terbaik untuk anda..


4. BILA SI DIA SELAMBA BADAK


Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.


5. BILA SI DIA CURANG

Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.Sabar jela..


6. BILA SI DIA LURUS BENDUL A.K.A NERD


Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

7. BILA SI DIA ROMANTIK


Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

8. BILA SI DIA PANAS BARAN

Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

9.BILA SI DIA MANJA


MAKA ANDA ADALAH ORANG YANG BERUNTUNG =)


NAK TAHU RAHSIA LELAKI?


KLIK DI SINI