RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

7:19 pm

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai menuntut ilmu hitam telah menyembelih anaknya sendiri yang berusia lima tahun di sebuah kampung di daerah Karawang, Jawa Barat, kelmarin.


Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kanak-kanak perempuan di Desa Pasirkamuning itu ada kaitan dengan ilmu hitam yang dikatakan sedang dipelajari lelaki itu atau kerana gangguan psikologi. 

Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan mengerikan dalam bilik di rumahnya, pada Ahad dan bapanya dipercayai menyembelihnya dengan pisau pemotong daging ketika dia tidur.

 Menurut laporan, sebelum membunuh anak perempuannya, lelaki itu pergi ke satu daerah di Sukabumi untuk menuntut ilmu hitam.

Bagaimanapun, selepas pulang ke rumah dia kelihatan seperti mengalami tekanan mental. Setelah menghabiskan nyawa anak kandungnya, lelaki itu memanggil beberapa jiran tetangga dan meminta wang untuk membeli kain kafan. 


Pada masa itu, jiran-jiran yang menyahut panggilan lelaki itu juga diancam akan dibunuh. Lelaki itu kemudian menyuruh seorang jiran membeli kain kafan di pasar, tetapi jiran itu terus membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis sehingga lelaki berkenaan ditangkap. - Bernama