RANGKAIAN SOSIAL ANDA

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

12:58 am
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca dan juga blogger,entry kali ini Bro nak kongsikan kepada anda semua satu rahsia mimpi beserta tafsirannya dalam Islam.. nak tahu lebih lanjut?layanzz entry ini sampai habis..
Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda
kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka.
Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya
mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu,
ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat AlQuran.Berikut adalah mimpi beserta tafsiran...



Mimpi rumah terbakar- maksudnya akan datang kekayaan berlarutan
Mimpi duduk di jambatan -akan mendapat rezeki
Mimpi pindah ke rumah buruk -alamat akan mendapat kawan yang baik
Mimpi membeli rumah -akan mendapat berkat dari Yang Maha Kuasa
Mimpi melihat berhala-maknanya akan menderhaka kepada Yang Maha Kuasa

Mimpi bertemu dengan polis- akan bertemu jodoh
Mimpi sedang berlari-alamat rezeki akan bertambah
Bermimpi hidup mewah dan bahagia- maksudnya anda perlu hati-hati kerana kemungkinan besar akan datang kesukaran yang tidak disangka-sangka
Mimpi berada di pasar malam-akan ada keuntungan dalam kehidupan
Bermimpi menjadi pesakit hospital- maknanya anda sihat sejahtera
Bermimpi rumah anda terang benderang-akan mengalami kesukaran
Mimpi jatuh dalam telaga-alamat akan sakit tenat
Mimpi melihat bayangan sendiri dalam telaga-alamat akan menerima surat dari jauh
Mimpi melihat pasu bunga-alamat akan mendapat pekerjaan yang diharapkan
Mimpi mendapat kasut-alamat naik pangkat..
Mimpi bertemu tok kadi- tu memang gatailaa..haha..

apa2 pun..setiap mimpi merupakan petunjuk dari Allah dan sesetengahnya adalah usikan Syaitan..